By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Monday, April 25, 2011

strength detected











"So lose not heart, nor fall into despair: For ye must gain mastery if ye are true in Faith.” 


  A-Level Examination  
May 16 - June 24












Monday, April 11, 2011

ayang

di suatu restoran sup terkenal di kalangan budak-budak intec,
berlaku satu perbualan antara customer perempuan dan waiter lelaki

customer : bang . bihun sup satu, bungkus.
waiter     : erm ? *tak dengar sebab bising.
customer : bihun sup satu, bungkus.
waiter     : ayang ke ?
customer : hah ?
waiter     : ayang ?
customer : *apesal mamat ni panggil ayang-ayang pulak nih.
                SAYA NAK BIHUN SUP SATU, BUNGKUS.
waiter     : *muka bengang.
                yelah. nak yang ayang ke, daging ke...
customer  : oh. ayam ayam *cess. orang ganu rupenye.

customer terus berlalu, terasa malu pada diri sendiri.

Sunday, April 10, 2011

jumaat dan sabtu :)

warning : post ini sangat panjang tanpa gambar. gambar akan diupdate kemudian. continue jika rasa mampu. kalau tak mampu, sambung kemudian :)

assalamualaikum :)

two days in a row,
8 April : Tour to de Hell, Great Hall, INTEC
9 April : Millenium Quiz, Great Hall, INTEC
alhamdulillah, both of them went so well :)


Tour to de Hell


untuk kali yang kedua, alhamdulillah, masih dipilih Allah untuk ke sana :)
tengok tajuk dah agak menggerunkan kan ? orang nak pegi tour jalan-jalan tempat syok syok tangkap gambar posing shopping segala. tapi tour ke neraka ? phew. bepeluh.

1st time attend, yes, sangat bagi impact yang amat sangat sungguh sekali dasyat. lagi-lagilah buat dalam Great Hall INTEC yang superb sejuk! walaupun masa tu tengah hari. menggigil wa cakap lu.

programme ini bukan macam programme ceramah biasa, yang lebih kepada presentation dari speaker. tapi yang ni memang lain. mula-mula start sampai akhir semua guna video, or montaj or apa apalah korang panggil. speaker : ustaz ridha. sape sape budak intec tak kenal ustaz ni sangatlah jakun. budak uia, uitm pon kenal ustaz. penyampaian sangat fuuuh ! menusuk ! tabik spring kat ustaz ! walaupun muda, tetap punya cara sendiri. oh jangan risau. ustaz dah kawin, anak dah dua comel-comel, isteri subhanallah, sejuk mata memandang :)

kata ustaz, semua orang dah tau macam mana digambarkan neraka. boleh baca, cari dalam al-quran. tapi penah tak gambarkan macam mana ?

video video tu tunjuk gambaran di neraka. gambaran manusia biasa. yang tak mampu menandingi keadaan sebenar yang sangat dasyat. tu pon dah seram tengok. fuuuhh. 

first first kitorang diberi satu lilin.api dinyalakan. mula-mula pegang dengan tangan kiri, lilin yang cair menitis kat lantai. tak pe tak kena kat kita. steady. tapi cuak sebab api dah besar. tapi bila disuruh letak atas tangan, apa rasa? panas tuh ! lilin yang cair jatuh kat atas tapak tangan pon dah, tssssssssssskkkkkk sakit ! panas. tapi masih boleh tahan. panas tetap panas. tak nak padamkan api. ego. rasa boleh lagi betahan. tapi rasa lagi cuak bila tiba-tiba api makin besar. lilin makin pendek, menghampiri tapak tangan. cuak. 

mungkin api kecil tu kita boleh tahan. tapi api neraka ? ey. api dunia tu sikit je panas. dah berapa kali kena celup dalam laut before hantar kat bumi. api neraka 700 kali ganda panas tau dok ? sape yang boleh tahan ?

keciknya kita, nak lawan Allah. nak masuk neraka ke beb ?

dalam banyak-banyak video, dari first time attend sampai sekarang, paling diingati video tentang azab kepada wanita. terutama kepada wanita yang di dunia suka mendedahkan aurat, tidak melabuhkan tudung, menunjuk nunjuk kecantikan kepada yang bukan mahram. ya Allah. serious dasyat ! 

gambaran seorang perempuan yang tidak berpakaian, dicucuk kedua-dua dadanya dengan besi cangkuk keluar darah , nampak sakit seksa gile ! seram weh! tu azab kepada perempuan yang tak nak jaga aurat. atau hanya sekadar bungkus aurat. pergh. cuak tengok. tobat dah nak jaga tudung elok elok. jaga pakai elok elok. longgar-longgar, tak de nak ikut tubuh badan. sakit tuu kena cucuk-cucuk, kalau dalam neraka, mesti la dengan besi panas ! 

satu video lagi, ada sekumpulan perempuan bertudung cantik tengah borak-borak, gelak-gelak sambil makan. sekali makan benda kaler merah. pastu pandang slack kat camera. mula-mula tak paham. lepas tu, pergh, dorang tengah makan daging fresh kaler merah siap ada darah lagi ! ape maksud tu ?

tahu tak kalau mengumpat orang, ibarat makan daging saudara sendiri. kalau baca macam boleh cakap 
" alah lek ah. ibarat je. ". 
untuk bagi impact yang lagi dasyat, sebelum sampai video tu, dalam gelap, pembantu programme bagi benda sejuk, letak kat atas tangan kanan. dah la dewan tu sejuk, tup tup kasi benda lagi sejuk mana la tak cuak. ingatkan ape. tau tak mende? daging fresh woo ! 

sampai je part video pompuan makan daging tu, ustaz suruh kitorang makan daging yang ada kat tangan kanan. pergh. sape sanggup ? mestila geli, yucks. daging mentah. eee. tak nak ! semua bedegil. tak de sorang pon nak makan. ustaz pon cakap, eh, bukan ke tiap-tiap hari dok makan daging saudara sendiri ke ? tak de pulak rasa geli ke hape. yang tu takpe pulak. ni daging biasa tak nak pulak makan. 

memang pedas tertusuk disitu.

kalaulah setiap kali kita mengata, mengumpat orang, tiba-tiba Allah bagi kita rasa tengah kunyah daging manusia, agak-agak apa kita rasa? 

A Journey To Hell kali ini ternyata lagi hebat penangannya. masa taip ni sejuk tangan dok terbayang-bayang azab Allah. nauzubillah ~

tapi yang pasti, ada rasa ukhuwah yang lagi kuat lepas attend programme ni. semua dah mintak maaf. ego buang jauh-jauh. biasanya member yang rapat la kita susah sangat nak mintak maaf, mengaku salah sendiri kan ? 

cukuplah untuk 8 April :)

Millenium Quiz


dianjurkan oleh FCR which is Friendly Comparative Religion. satu-satunya quiz yang dah reveal soalan awal-awal lagi. so peserta kena jawab semua 8 soalan, and then submit kat penganjur. soalan-soalan adalah tentang persoalan tentang agama Islam, yang kadang - kadang kita sendiri tak tahu. soalan-soalan ni non-muslim pun ada tanya.

so lets look at all those ques.
panjang soalannya. nak skip silakan. tapi digalakkan untuk baca :)

**********************************************************************************

SOALAN 1

Kita berasa bertuah dilahirkan dalam keluarga orang Islam. Maka, adakah mereka yang lahir dalam keluarga bukan Islam tidak bertuah? Bukankah ini tidak adil? Bagaimana pula dengan nasib orang bukan Islam yang sangat baik tetapi kekal di dalam neraka, dan orang Islam yang sangat jahat tetapi akhirnya akan ke syurga? Di manakah keadilan Allah?

SOALAN 2

Kita begitu mudah mendakwa bahawa Al-Quran tidak pernah berubah sejak dahulu sampai bila-bila. Jika begitu, apakah hujah-hujah untuk membuktikan bahawa Al-Quran tidak pernah berubah sama sekali?

SOALAN 3

Amina: Aisyah (mualaf), lepas saja awak ucap dua kalimah syahadah, awak dah jadi seorang Islam. Jadi, awak kena jalankan semua tanggungjawab sebagai orang Islam. Mulai hari ni, awak kena solat lima waktu setiap hari. Lepas tu jangan lupa beli tudung, sebab lepas ni hari-hari awak kena pakai tudung. Oh ya! Awak juga dah tak boleh nak pegang anjing dah. Sentuh anjing tu haram tau. Nanti anjing awak tu awak lepaskan ye Aisyah!
Aisyah: huh???
Berikan pendapat anda mengenai situasi ini. Apakah cara anda jika anda ditugaskan mengurus seorang mualaf?

SOALAN 4

Anda ditugaskan untuk memberi kaunseling secara berasingan kepada 2 orang murtad. Orang pertama buat-buat bodoh, buat-buat pekak dan langsung tak beri perhatian kepada anda yang sibuk memberi kaunseling. Orang kedua pula selalu menyerang peribadi nabi Muhammad saw dan Islam. Jadi apakah langkah seterusnya yang bakal anda lakukan?

SOALAN 5

Poligami dilihat sebagai satu penindasan terhadap golongan wanita. Malah ramai wanita yang berasa teraniaya dengan pensyariatan poligami ini. Selain itu, Islam juga dilihat menindas hak kebebasan wanita dengan mewajibkan mereka memakai tudung dan menutup aurat. Apakah yang boleh anda perkatakan berkenaan persoalan ini?

SOALAN 6

Islam dikatakan baru berusia 1432 tahun. Kristian pula berumur 2011 tahun. Manakala kewujudan agama Hindu lebih awal daripada itu. Maka, apakah agama pertama di dunia?
Jika Islam bukannya agama pertama di dunia, maka apakah status agama nabi Adam? Jika anda mengatakan nabi Adam ialah seorang Islam, kemukakan buktinya!

SOALAN 7

Seorang yang tidak percayakan kewujudan tuhan berkata kepada anda “Awat la hang bengap sangat percaya kewujudan tuhan. Hang pernah nampak ke tuhan tu? Kalau tak pernah, lagu mana hang boleh percaya tuhan tu wujud? Ni satu lagi..syurga dan neraka. Mana hang tau syurga dan neraka ni betul-betul wujud?”
Berikan hujah-hujah anda untuk berhadapan dengan golongan Ateis seperti ini.

SOALAN 8

Anda ialah seorang penceramah yang sedang berceramah secara terbuka kepada semua penganut agama. Kemudian semasa sesi soal jawab, anda disoal oleh seorang peserta bukan Islam tentang isu keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Apakah jawapan anda kepada soalan tadi?


**********************************************************************************

rasa-rasa kalau orang tanya kita boleh jawab tak? 

still kena buat research, cari, tanya ustaz kan ?
be prepared. nanti kalau kalau ada yang tanya, at least dah ada idea :)

thanks to salha yang semangat nak masuk dan besungguh sungguh ajak kitorg masuk eventho rasa dah 40-60 nak masuk ke tak. berat hati nak masuk bila pikir kerja yang tak penah habis dan betambah-tambah, tapi bila hati kata, 

"Ya Allah, jika ini jalan untukku berjuang demi agamaMu, mudahkanlah ya Allah"

dan alhamdulillah. everything macam smooth je. walaupun start bincang jawapan all those ques macam dua tiga hari sebelum quiz, tapi alhamdulillah, ada kemudahan.

terima kasih untuk taufiq, tutor-tak-berbayar kami :)
terima kasih untuk ainin, siap tanya kakak-kakak yang lain lagi :)
terima kasih kepada semua yang menyumbang idea-idea :
syabila, dayang zainab, hanisah, dan yang lain-lain :)

oh yes.

my groupmate ;

salha, zulaikha, fadhil, dan madhiah

tajuk pembentangan:
 soalan 5 : isu poligami, aurat dan kebebasan hak wanita

dan syukur alhamdulillah. daripada 16 kumpulan bertanding, tempat kedua milik kami :)

and...
best speaker dengan kelajuan 120km/h goes to... SITI ZULAIKHA !
dapat sponsor pergi FCR tuuu, agak mahal la. pasni dah jadi adik angkat shah kirit la. heee :p rezeki cakap laju-laju sebab tak cukup masa, kan zu ? *wink

ok this is the best part.

so for those two days, besides all moments,experience, knowledge that insyaAllah i won't forget, there's one biggest thing i realized.

the value of friendship.

not just an ordinary one.


but
the friendship that are valued because of Allah.


  • kami ajak ke programme agama sama-sama
  • kami pergi programme agama sama-sama
  • hidup kami di sini saling mengingati.
  • saling tegur menegur kalau buat silap
  • saling sentiasa support masing-masing untuk menjadi yang benar-benar muslim walaupun kadang-kadang terasa kenapa asyik muka sama je tapi tetap besyukur sebab Allah dah pilih untuk bersama-sama
  • bila bersama rasa wujud ukhuwah kerana Allah, manisnya indescribable. 

kalau dulu orang kata, bersahabatlah kerana Allah, ada keberkatannya. susah nak tahu sebenarnya. 
tapi baru sekarang terasa nikmatnya, yang susah nak explain. It takes time. bila tiba masa, kita sendiri yang rasa :)

thank you sahabat :)
thank you for the wonderful two days that we shared :)



Sunday, April 3, 2011

2nd April : of wedding and birthday :)


Selamat Pengantin Baru, my dear cousin, 
Dr. Nurfadilah Mohd Taib & Haziman Yusoff
2nd April, 2011
acara memotong kek velvet kalau tak silap :)


kak nolah : rasa macam mimpi.
dah jadi isteri orang dah.
and i just smiled :)


before akad :)




tak banyak gambar yang diambik. record ada lah. sebab ada hati nak buat video yang macam wedding anak naza tuh, siap nak letak lagu today was a fairy tale lagi :p


but the best part is, after dah akad nikah yang sangatlah sekejap. tup-tup dah sah. both bride and groom smiled to each other :) 


because before this, kalau nak pergi date sekalipun, sepupu saya akan bawak mak dia pergi sekali. memang serious susah nak jumpa orang macam ni lagi. walaupun mungkin jadi bahan gelak untuk orang lain, tapi yang penting, batas-batas dijaga. ada mahram bersama setiap perjumpaan walaupun dah begelar tunang. kan bagus tu. ye dok ? tak lah sampai orang boleh samakan yang bertunang dengan bercouple tu sama je. konsep kena paham. ah. senang-senang pergi blog ni confirm faham.



"Sungguh...mereka yang menjaga, akan lebih menghargai pada akhirnya" 

bercinta sampai syurga !
(^_^)


and not forgetting,


happy 20th birthday, 
miss nina ! 




nanti yah follow nina pulak :p


p/s
tau tak penat masa wedding kak nolah sebab nina tak de ? haha. kalau tak mesti ada geng nak bagi doorgifts tuh. 


May Allah bless all of you, my dear cousinsss !

Followers