By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Sunday, April 8, 2012

Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah




WAHAI manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarkanlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka berjaga- jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkaraperkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. 
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah- sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selamalamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hambaMu.






Subhanallah, sayang sungguh nabi kepada kita. 
even tak pernah tengok umat baginda selepas kewafatannya, baginda tetap rindu, kasih dan risau terhadap kita. He missed us even though he never met us before. siapa lagi nak rindu kita macam Rasulullah ?

kita umat nabi terakhir, tapi kitalah umat yang insyaAllah pertama akan masuk syurga. agak-agak, kita tergolong dengan golongan tu tak ?

Selawatlah banyak-banyak kepada Rasulullah, ikutlah sunnahnya, lakukanlah apa yang Rasulullah pesan. Moga-moga, di akhirat kelak, Rasulullah kenal kita, beri syafaat kepada kita. insyaAllah. Moga bertemu di Jannah :)


p/s
rasa macam nak higlight the whole khutbah. semuanya penting, kan ? :)


ber Liqa' Mahabbah

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, jumaat lepas ada Liqa' Mahabbah, iaitu majlis untuk sambut junior-junior yang baru masuk a few weeks back. mungkin ini kali terakhir nama Liqa' Mahabbah digunakan, insyaAllah akan dibuat penjenamaan untuk intake yang akan datang. 

Theme : Arabian night.
credit photo : Ipong Ainur Atiqah
seronok gembira senang hati kita semua begini  :))

disini ramai orang berukhuwah, try kenal-kenal senior manipal yang sangat ramai! imagine, satu batch dah ada about more than 50 kot Muslims malaysian. my batch ada 78! tu paling ramai setakat ni rasanya. and now dah ada 5 batch MBBS, 2 batch BDS. tapi kesian jugaklah kat batch junior baru masuk ni, ada macam lebih 10 orang je muslims, termasuk muslimat. tapi takpe, insyaAllah diorang boleh survive. :)

and di Liqa' Mahabbah, alhamdullillah, telah diperkenalkan satu kumpulan Qasidah manipal yang baru ditubuhkan (rasanyalah). dah tak jealous dah dengan community muslim kat negara lain since diorang dah ada kumpulan nasyeed. hehe. at least kita ada medium lain selain Islamic Youth Association untuk berdakwah. Teruskan usaha, Qasidah Experience ! 

oh ya, ni link Qasidah Experience malam Liqa' Mahabbah. entah kenapa tak boleh nak post kat sini.

Saturday, March 31, 2012

Beat the Procrastination !



thank you ProductiveMuslim for the cute doodle of the month !

insyaAllah, way to beat the procrastination up !

Friday, March 30, 2012

muhasabah




Hakikat by Durrani

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dengan Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya Allah
Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya
Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia
Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya rabbi
Yang miliki sifat An-Nasru

macam kena hempap dengan gunung ganang

Friday, March 23, 2012

the pillars

the night and days, subhanallah ! source

Are we still remember the 5 pillars of Islam ?

1.  Mengucap dua kalimah syahadah
2.  Sembahyang lima waktu sehari
3.  Mengeluarkan zakat
4.  Berpuasa di bulan Ramadhan
5.  Menunaikan Haji

if we claimed ourselves a true Muslim, have we completed all the pillars of Islam ? and if yes, have we done it perfectly? 

Lepas maghrib hari ni ada sharing session kat masjid Manipal by local sisters. Salah seorang dari meraka share pasal pillars of Islam, and she asked, 

"are we going to claim that we are true muslim ? but have we completed the 5 pillars of Islam ? "

at that very moment I realized, rukun Islam yang lima tu pun tak siap lagi, nak claim saya ni true muslim ? Yes I am a Muslim. tapi masih tak cukup kan ? kalau cakap pasal rukun, kena buat semua baru sah. tapi rukun Islam pun ada kelonggaran. contohnya, yang kelima iaitu menunaikan haji, tapi bagi orang-orang yang mampu.  

so kalau sebelum ni plan punya lah best nak gi sana sini, nak gi umrah pun termasuk dalam list. tapi bila fikir-fikir balik, apa kata kita dahulukan yang penting, which is haji, kan lebih elok ? kena simpan duit lah, insyaAllah. hidup kita pun tak tahu sampai mana. kena plan awal-awal, insyaAllah. moga-moga Allah permudahkan :)


p/s
Anatomy Test 1 Block 3 is over. Kena double times triple extra work nih, esp for the past 2 blocks syllabus.
Gambatte Kudasai !

Monday, March 5, 2012

Block 3




Block 3 is here now.

No time to be wasted.
I'm gonna strive.
for Allah. For Ummah. For My Ma.

Please Madhiah,
stay on track.
keep your momentum at the very highest level.

Usaha kawkaw.
result, biar Allah yang tentukan.
part kita, buat betul-betul.




Followers