By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Friday, January 17, 2014





Multitasking is good. 

But never do it if you're studying. 
Ur focus will go astray. 

I've been hiatus for so long. 
Gambar Kashmir pun belum post lagi. 

We are now planning a quite big event for the Muslim students in Manipal this weekend, insyallah.
and I have to admit that it is quite a tough work to do when everyone is busy catching up with studies. 
Insyaallah we will try our best to make the event successful. 








Saturday, September 28, 2013

Kashmir ; Teaser


Kashmir
Sept 17th - Sept 22nd


Teaser






More photos and stories soon. 
InsyaAllah.




p/s
been missing Kashmir so much


Thursday, August 8, 2013

Syawal dan Exam

Assalamualaikum.
sejurus selepas habis exam. masih dalam hall. 

Eid Mubarak. 
Selamat Hari Raya Aidiliftri.
Taqabballallahu minna wa minkum.

Kali kedua beraya di India. dan yang bestnya, raya kali ni dalam dewan exam. ye. orang buat open house, kami masuk open hall :)

final 2nd year MBBS exam. 

dimulakan dengan paper pathology. it was hard, susah. kena mengaku. tapi I know, Allah dah tetapkan yang paling baik buat saya. and I just have to leave everything to Him. Usaha dan doa, those are my part. Result, Allah dah tetapkan. Kami redha ya Allah.

macam sahabat saya cakap,
worry ends, when faith begins.

insyaAllah. apa-apa pun keputusannya, jadikan kami hambaMu yang redha Ya Allah.
cukuplah Allah bagi kami.

Alhamdulillah, genap 22 tahun ikut calender hijrah. Terima kasih ma sebab dah lahirkan saya ke dunia, terima kasih sebab sanggup bertarung nyawa malam raya semata-mata mahu lihat anakmu kenal dunia :')

Thursday, June 20, 2013




19 tahun,
sepi tanpa bapa,
mana mungkin hati tidak sedih,
mana mungkin hati tidak cemburu
mana mungkin hati tidak inginkan rasa ber'bapa'

siapalah aku,
ingin memberi alasan tidak mampu berjaya menjadi seorang manusia
hanya kerana tidak berbapa
hanya kerana mereka yg lain berbapa

walhal,
junjungan agung,
Muhammad Rasulullah,
juga,
tidak pernah merasai hidup berbapa

YA ALLAH,
seawal usiaku,
kau telah pun mengajar hidup ini tidaklah selamanya
hidup ini hanyalah persinggahan,
sebelum aku pulang ke kampuang halaman Adam A.S

kuatkan kami yg sudah tidak berbapa,
jadikan kami segagah kekasihMu,
yang lahir ke dunia,
tanpa belaian kasih bapa baginda

Selamat hari bapa kepada semua bapa yg saya kenali di dunia
juga,
yang bakal bergelar bapa:D

al-fatihah



Ini bukanlah hasil nukilan sendiri. tapi ini rasa hati kami. 

Saturday, June 1, 2013

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
3rd block done. 


Wednesday, May 29, 2013

Soothe

Assalamualaikum :)

mode : Block 3 exam

I think exam kali ini lah yang benar-benar menguji. In and out. Kekuatan dalaman dan luaran. Penat. Walaupun kali ini exam theory dan practical diasingkan harinya, tetap penat. 

Dan hari ini sudah sampai ke Microbiology Practical. Subject yang digeruni. Theory paper hari tu pun semput rasanya. Inikan pula practical yang penuh dengan laboratory diagnosis dan gambar-gambar microbe. 

Sungguh, tak pernah rasa seperti hari ni. Mungkin penat barangkali. Lagi-lagi practical yang formatnya adalah setiap satu station ada dua soalan ( plus soalan anak) dan diberi masa 4 minit. Tiada ulangan. Penat otak mahu diperah. Penat mahu menyelongkar memory. Hebat sungguh Allah. Kecik je ciptaanNya. Guna microscope dan kena stained baru lah boleh nampak. Tapi benda-benda tulah yang jadi asbab penyakit-penyakit yang sukar diubati. 


Dan ketika sedang memujuk hati, Allah takdirkan untuk membaca kalamNya. 

65:2
"....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"

65:3

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"

at-Talaq ayat 2-3

It soothes me, alhamdulillah :')

Ibu saya selalu pesan, baca ayat ni selepas solat 3 kali. InsyaAllah, Allah beri rezeki, mudahkan urusan. Dah lama tertinggal untuk baca bila zikir lain yang diutama. Allah, ampun ya Allah.

Kena mula balik. Siapa yang suruh tinggal pesan ibu ? Hish. 

Doakan kami. 






Followers