alhamdulillah, hari ni masuk kali ke -3 dapat saksikan live sunrise kat Endpoint, Manipal. since manipal kawasannya berbukit, udara pagi tadi sangatlah sejuk. kalau ayat novel, sejuk sampai ke tulang hitam. orang lain winter, sini sejuk tapi tak de salji :p perjalanan ke endpoint bukan perjalanan yang sia-sia. bukan borak kosong. bukan juga gossipinggg. ada kesannya. dan untuk kali yang ke-3 sunrise ni, lebih bermakna dari sebelumnya. sampai sahaja di port biasa, matahari muncul :) laju dia keluar hari ni. dan kami nikmati sinaran matahari pagi dengan alunan al-mathurat.
imagine.
anda di atas bukit.
kawasan lapang.
angin sejuk menyapa.
dilihat bukit-bukit lain berkabus.
umpama melihat satu lukisan.
tapi itu lukisan alam.
lukisan Maha Pencipta.
sambut kehadiran matahari,
dengan alunan zikir mengagungkan Ilahi.
Indah kan ?
dan alhamdulillah.
hari ni dapat belajar satu doa baru.
senior yang ikut kitorang tadi yang share.
katanya doa melihat keindahan alam.
(Ali 'Imran : 191)
Sahih International
Who remember Allah while standing or sitting or [lying] on their sides and give thought to the creation of the heavens and the earth, [saying], "Our Lord, You did not create this aimlessly; exalted are You [above such a thing]; then protect us from the punishment of the Fire.
Malay
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
doanya bermula dengan robbana ma khalaqta :)
sama-samalah kita hafal, sebab tiap-tiap hari bukak mata sekeliling kita semuanya penuh dengan ciptaanNya :)
sekian.
p/s
::: post macam diary. sekali sekala takpelah. just untuk share :)
hari jumaat yang lepas, ada dua orang seniors share beberapa ayat dari surah Al-Imran
Sahih International
And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous (3:133)
Malay
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (3:133)
Sahih International
Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good; (3 : 134)
Malay
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;(3 : 134)
Sahih International
And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know. (3:135)
Malay
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (3:135)
Sahih International
Those - their reward is forgiveness from their Lord and gardens beneath which rivers flow [in Paradise], wherein they will abide eternally; and excellent is the reward of the [righteous] workers.(3:136)
Malay
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (3:136)
see the highlighted part. senior tu bagi contoh ;
"kalaulah masa main basketball orang tolak-tolak, mesti marah kan ? rasa geram je. "
slapped. dush.
lepas dah dapat teori ayat tu, today terus Allah bagi practical.
How u apply the ayah when you're in that situation.
amarah ? boleh ditahan ke ?
so tonight, I have basketball interbatch match. It was a tense game for us. yelah. semua orang nak memang kan ? eventho interbatch je, bukan international pun. boleh dikatakan saya diuji. diuji dengan teori teori yang dah saya belajar dua hari lepas. tentang amarah. dah tercapai atau tak matlamat nak menahannya, dan memaafkan orang.
biasalah dalam game apa apa pun, akan ada yang tensed up. semua penat. semua boleh terkeluar. and bila kita dihamburkan dengan words yang kita tak pernah dengar orang cakap kat kita macam tu, mestilah terdiam secara automatik. masa tu saya diuji. boleh ke tak saya apply ayat tu. dan secara jujur, malu memanglah malu. tapi dalam hati Allah yang tahu. masa tu, memang saya teringat sangat kat ayat tu. Al-Imran, Al-Imran. saya sebut banyak kali dalam hati. saya nak jadi orang yang Allah sebut tu. masa ni lah saya nak practice. tahan marah. tahan rasa sedih tu. tahan semua. kalau ikut akak tu, tahan marah tu sampai orang pun tak tahu kita marah. saya tak tahu orang tahu tak saya marah masa tu. mana nak tengok muka sendiri. tapi muka merah lah sebab dah penat lari sana sini. (itu normal bagi saya kalau main apa apa even cuaca tak panas).
sabar.
thats the only word yang dapat cakap. sabar madhiah sabar. sabar. sabar. alhamdulillah. saya tak melenting. cuma terguris dengan perkataan tu. but then, its a part of game. biasalah kan ? orang main sport ke ape hati kena kebal. then tiba pula fasa memaafkan orang. tahan marah dah sudah. boleh maafkan ke? bila fikir rational, semua orang penat, ape-ape je boleh keluar. lagipun orang tu baik je orangnya. so, no more heart feeling :)
its about how you control urself. bukan bagi syaitan yang control.
dan saya rasa bertuah, sebab Allah dah uji terus ape yang saya dapat. insyaAllah, kita sama- sama berusaha jadi orang yang Allah sebutkan tu :)
sebenarnya, banyak lagi yang boleh kupas tentang ayat tu, tapi mungkin lain kali. saya hanya boleh bagi clue, ayat tu macam iklan Allah untuk bagi HADIAH LUMAYAn kepada kita. dan orang-orang yang dapat hadiah tu ialah orang yang Allah sebut tu. :)
Salam Maal Hijrah !
new spirit. new hope. new determination.
May Allah ease.
Thursday, November 10, 2011
evry successful person has a painful st0ry, evry painful st0ry has a successful ending. Accept d pain n get ready f0r success!
so this is about my aidiladha celebration at Manipal, for those who concern :)
Aidiladha di manipal lambat sikit dari Malaysia. To be exact, sehari lambat. Tak tahu kenapa, just follow calendar local muslims. So masa orang Malaysia dah happy beraya, kami di sini still macam biasa, tak ada sambutan apa-apa lagi. Duduk dalam bilik buat assignment. T_T
so, early in the morning, kami geng mess ( dewan makan ) breakfast. so this is our meal for the morning of 10 Zulhijjah :)
Gobi Paratha and Pineapple Pudding.
Tea
sedap!
so on the next day baru raya. Hari Isnin. Nasib baiklah Manipal cuti hari ni. Tak sure cuti sebab apa. Kitorang budak-budak first year MBBS memanglah sangat beruntung minggu ni sebab first time weekend cuti 2 hari ! yahoo ! kalau ikut jadual weekend hari ahad je. tak ke penat tu ? =,='
by 7.30 plus plus, kami terus ke Masjid Manipal which is 2 3 minit dah sampai naik auto ( macam beca tapi guna enjin), jalan kaki sampai je tapi sebab nak kejar sembahyang raya, haruslah cepat. and alhamdulillah, tak beza pun sembahyang kita dengan diorang. cuma khutbah lah tak paham walaupun dah dalam dua bahasa ; malayalam dan hindi. after solat salam salam kenal orang local sikit, terus balik bilik.
afternoon, ada lunch party after solat zohor. FYI, jemaah kat sini lambat. lepas azan tu, dalam setengah jam baru solat jemaah. itu cara kat sini. maybe nak tunggu ramai lagi makmum-makmum kot. usai solat zohor, jamuan bermula :)
so here's the food !
Nasi Briyani.
S.U.P.E.R.B !
kalau sebelum ni briyani bukan jadi kegemaran, malah tak rasa nak makan pun kalau tengok briyani, tapi kat sini, IRRESISTABLE !
and there's one desert yang first time jumpa kat Manipal,
Sewaiyyein
and again, MARVELOUS!
dengan kata lain, semua makanan kat india ni BEST !
then daging macam mana?
kata qurban.
entah. mula-mula dengarnya ada mutton, tapi bila sampai ada ayam. mungkin tak sempat nak masak kot after sembelih. yelah ramai tadi. ayam maybe dah goreng awal awal dah.
so after lunch, mestilah photoshoot. a few foreigners ada kat sana jugak. from Nigeria. dan berdasarkan pemerhatian, semasa solat, cara pakaian kita tak sama macam orang lain. cara solat sama. tapi pakaian solat lain. mungkin interpretasi mereka terhadap aurat juga lain. mazhab yang berbeza mungkin. Allah lebih tahu kan?
what do you feel when someone tells you that she/he still remember your standard 5 essay you wrote about your father 9 years ago even you yourself can't remember it?
"I believe 9 months of pregnancy is the most miraculous thing in the universe"
Anita Guru, Lecturer, Department of Anatomy, Melaka Manipal Medical College, Manipal, India
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta"
( Al-Mu'minun : 12 - 14 )
p/s
sedang belajar tentang embryology. tentang sejarah semua orang. very interesting. sebab belajar tentang creation Allah :)
its Diwali celebration.
suasana dah start meriah. Lantern 'berterbangan' di udara. mercun pong pong pong merata-rata tempat. fire crackers menghiasi malam. macam perang dah bunyinya. so macam ni celebration Diwali aka Deepavali dekat India, lagi specific di Manipal. Nasib baik kedai makan tak banyak sangat yang tutup. Kalau tak memang kebulur !
a few days back, I had a conversation with aka ( auntie dalam bahasa tempatan ). Banyak rupanya makcik pakcik kat sini yang reti cakap orang putih. Amazed jugak dengan diorang. taklah teruk sangat orang india ni, walaupun dalam negara dunia ke -3. simple-simple english je lah. tapi kira hebat lah kan ? :)
me : so aka, its Diwali. holiday ?
aka : yeah yeah. 3 days. we open back on thursday.
me : oooo. we only got one day holiday! in malaysia, they got one week holiday!
aka : ooooh! ( terkejut ) and she just smiled.
me : so aka, what is special about diwali ?
aka : light. ponda. ponda.
me : ponda ?
aka : yeah. God. god will be here.
me : ohhh
itu a part of conversation kami.
then i realize,
Ponda or Pondo ntah saya pun lupa nama betul god diorang, ada masa diwali je, masa nyala-nyala lampu je.
tapi Allah, 24/7 non stop. always always available. tak payah tunggu hari raya puasa ke, hari raya haji ke. He will always be there for us. kita je sombong tak nak jumpa dengan Allah kan ? teringat kata-kata seorang sahabat, Allah nak sangat jumpa hambaNya, especially pada 2/3 malam. time-time qiam. masa tu Allah yang nak jumpa kita. takkan kita sombong tak nak jumpa Allah kan ? moga-moga sentiasa diberi kekuatan untuk sentiasa berjumpa Allah pada malam-malam hari.
Ya Allah, nak sangat jumpa. Nak sangat borak. Nak sangat curahkan segala, sebab Kaulah yang Maha Mendengar. Yang tahu everything. Yang sangat pemurah dengan kasih sayang.
everything happen with its own reason. hikmahnya kadang-kadang tak dapat dilihat dengan cepat. tapi bersabarlah. akan datangnya satu masa bila mana kita akan bersyukur dengan apa yang berlaku hari ini.
Allah is always available. never idle or busy. Have a silent talk with Him. Tell Him everything and we will find peace :)
weekend yang sehari dah berlalu dan saya sangat-sangat minta maaf sebab tak sempat post any post pasal manipal. sorry kepada kawan-kawan yang dah banyak kali tanya.
first anatomy test dah selesai. jawapan betul salah pun dah ada. tunggu nak tambah tolak je.
ramai dah mintak update dari Manipal. insyaAllah coming soon. masih lagi busy dengan segala presentation, lectures 6 days a week 8am to 5pm, etc. mungkin weekend ni dapat luangkan masa sedikit. :)
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah
umat islam harus cemerlang
hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
doa sebagai senjata
umat islam sentiasa boleh
umat islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
wawasan dunia dan akhirat
aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan ambiya'
pegangan mereka harus diikuti
ajaran sesat wajib hindari
It's a copy-paste article from Productive Muslim newsletter in my inbox.
Success only comes from Allah.
Assalamu’alaikum,
On this very day, over 1400H years ago, the great battle of Badr took place. We all know its story and how Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) granted victory to Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) and his Companions (may Allah be pleased with them) on that day. But what lessons can we learn from this battle that is relevant to our productivity?
Here’s one lesson I picked up:
After the battle was won, Allah (Subhanahu Wa Ta’ala) revealed the following verse: “And Allah has already made you victorious at badr, when you were a weak little force. So fear Allah much that you may be grateful”. (Surat Aal-Imran – Verse 123).
This was a reminder to the Muslims that any success or victory is from Allah and Allah alone. They shouldn’t be arrogant and forget the source of their success. Sometimes when you’re super productive and you achieve a great deal in a day, it’s easy to assume that your success comes from your skills or knowledge, but that’s not how a Muslim thinks. A Muslim firmly believes in the verse that “my success (in my task) can only come from Allah…” (Surat Hud, Verse 88)
Finally, please join me on this special day to make dua for our oppressed brothers and sisters in many parts of the world. They are having a difficult Ramadan and the least we can do is make dua for them. I ask Allah (Subhanahu Wa Ta'ala) with His Might and Power, the One Who granted His Prophet victory on the day of Badr to grant our brothers and sisters victory over their oppressors & all those who wrong them. Ameen. Ameen. Ameen.
May Allah grant me the best for my deen, my future and my akhirah.
"ya Allah, jadikanlah hambaMu ini hamba yang redha dengan segala keputusan yang telah Engkau tetapkan buatku. Segala yang datang dariMu adalah yang terbaik buatku dariMu. "
here's a great video, created by non-Muslim (if i'm not mistaken) about Muslims.
here's the description ;
There are 1.6 billion Muslims in the world, many of whom grapple with the role religion should play in their lives, and the lives of their children. Each year during Ramadan, more than a hundred of the best young students from more than 70 countries across the Islamic world converge on Cairo for Egyptʼs International Holy Koran Competition, one of the Islamic worldʼs most prestigious contests. Some of the competitors are as young as seven, and several have memorized the entire 600-page Koran without actually speaking Arabic.
click play, and you'll be amazed.
Below I provide you with a so-called summary, but just for the first part.
"My parents told me to learn the Koran before anything else.
Every Muslim should learn Koran. I like the way the letters look. The way it's written and how my teacher teaches it."
Djamil , 10 years old
Senegal. West Africa
"You're going to represent Senegal and all of Africa at the Koran competition in Cairo. You'll be all by yourself. But you mustn't be scared. La takaf, wa la tahzan.Arab or not, Egyptian, Kuwait, whatever, everyone memorizes the same Koran. And you know the Koran. You've studied it, memorized it"
Djamil's teacher
"The Koran is the only book that can be completely memorized. It's a miracle - children can memorize it. Even without understanding the meaning. The irresponsible actions you see in some Muslims, are because they are estranged from the Koran, or don't understand the Koran. So stealing, sex outside the marriage, intoxication, injustice, aggression, and terrorism, these are not allowed. The Koran is not just a book of worship for us, it is a guide for life.
How do I meet my brother ? It's in the Koran.
How do i interact with you ? It's in the Koran.
How do I set a meeting ? It's in the Koran.
How do I apologize for a mistake ? It's in the Koran.
until one fine night, ada ceramah, Thursday Talk by Ustaz Ridha kat kolej.
Tajuk : Ada Apa Dengan Allah.
and he showed us this video.
one thought : Islam is universal. YES. it is.
tak terbayang sebelum ni macam mana tengok bangsa lain beragama Islam. just a few lah kalau jumpa pun indian muslim, chinese muslim, and foreigners kulit gelap or cerah yang Islam. but after watching this video,
one word : subhanallah. Islam di mana-mana :)
rasa tenang bila dengar ni. stress pon hilang. see? kuasa nama-nama Allah. :)
warning : post ini sangat panjang tanpa gambar. gambar akan diupdate kemudian. continue jika rasa mampu. kalau tak mampu, sambung kemudian :)
assalamualaikum :)
two days in a row,
8 April : Tour to de Hell, Great Hall, INTEC
9 April : Millenium Quiz, Great Hall, INTEC
alhamdulillah, both of them went so well :)
Tour to de Hell
untuk kali yang kedua, alhamdulillah, masih dipilih Allah untuk ke sana :)
tengok tajuk dah agak menggerunkan kan ? orang nak pegi tour jalan-jalan tempat syok syok tangkap gambar posing shopping segala. tapi tour ke neraka ? phew. bepeluh.
1st time attend, yes, sangat bagi impact yang amat sangat sungguh sekali dasyat. lagi-lagilah buat dalam Great Hall INTEC yang superb sejuk! walaupun masa tu tengah hari. menggigil wa cakap lu.
programme ini bukan macam programme ceramah biasa, yang lebih kepada presentation dari speaker. tapi yang ni memang lain. mula-mula start sampai akhir semua guna video, or montaj or apa apalah korang panggil. speaker : ustaz ridha. sape sape budak intec tak kenal ustaz ni sangatlah jakun. budak uia, uitm pon kenal ustaz. penyampaian sangat fuuuh ! menusuk ! tabik spring kat ustaz ! walaupun muda, tetap punya cara sendiri. oh jangan risau. ustaz dah kawin, anak dah dua comel-comel, isteri subhanallah, sejuk mata memandang :)
kata ustaz, semua orang dah tau macam mana digambarkan neraka. boleh baca, cari dalam al-quran. tapi penah tak gambarkan macam mana ?
video video tu tunjuk gambaran di neraka. gambaran manusia biasa. yang tak mampu menandingi keadaan sebenar yang sangat dasyat. tu pon dah seram tengok. fuuuhh.
first first kitorang diberi satu lilin.api dinyalakan. mula-mula pegang dengan tangan kiri, lilin yang cair menitis kat lantai. tak pe tak kena kat kita. steady. tapi cuak sebab api dah besar. tapi bila disuruh letak atas tangan, apa rasa? panas tuh ! lilin yang cair jatuh kat atas tapak tangan pon dah, tssssssssssskkkkkk sakit ! panas. tapi masih boleh tahan. panas tetap panas. tak nak padamkan api. ego. rasa boleh lagi betahan. tapi rasa lagi cuak bila tiba-tiba api makin besar. lilin makin pendek, menghampiri tapak tangan. cuak.
mungkin api kecil tu kita boleh tahan. tapi api neraka ? ey. api dunia tu sikit je panas. dah berapa kali kena celup dalam laut before hantar kat bumi. api neraka 700 kali ganda panas tau dok ? sape yang boleh tahan ?
keciknya kita, nak lawan Allah. nak masuk neraka ke beb ?
dalam banyak-banyak video, dari first time attend sampai sekarang, paling diingati video tentang azab kepada wanita. terutama kepada wanita yang di dunia suka mendedahkan aurat, tidak melabuhkan tudung, menunjuk nunjuk kecantikan kepada yang bukan mahram. ya Allah. serious dasyat !
gambaran seorang perempuan yang tidak berpakaian, dicucuk kedua-dua dadanya dengan besi cangkuk keluar darah , nampak sakit seksa gile ! seram weh! tu azab kepada perempuan yang tak nak jaga aurat. atau hanya sekadar bungkus aurat. pergh. cuak tengok. tobat dah nak jaga tudung elok elok. jaga pakai elok elok. longgar-longgar, tak de nak ikut tubuh badan. sakit tuu kena cucuk-cucuk, kalau dalam neraka, mesti la dengan besi panas !
satu video lagi, ada sekumpulan perempuan bertudung cantik tengah borak-borak, gelak-gelak sambil makan. sekali makan benda kaler merah. pastu pandang slack kat camera. mula-mula tak paham. lepas tu, pergh, dorang tengah makan daging fresh kaler merah siap ada darah lagi ! ape maksud tu ?
tahu tak kalau mengumpat orang, ibarat makan daging saudara sendiri. kalau baca macam boleh cakap
" alah lek ah. ibarat je. ".
untuk bagi impact yang lagi dasyat, sebelum sampai video tu, dalam gelap, pembantu programme bagi benda sejuk, letak kat atas tangan kanan. dah la dewan tu sejuk, tup tup kasi benda lagi sejuk mana la tak cuak. ingatkan ape. tau tak mende? daging fresh woo !
sampai je part video pompuan makan daging tu, ustaz suruh kitorang makan daging yang ada kat tangan kanan. pergh. sape sanggup ? mestila geli, yucks. daging mentah. eee. tak nak ! semua bedegil. tak de sorang pon nak makan. ustaz pon cakap, eh, bukan ke tiap-tiap hari dok makan daging saudara sendiri ke ? tak de pulak rasa geli ke hape. yang tu takpe pulak. ni daging biasa tak nak pulak makan.
memang pedas tertusuk disitu.
kalaulah setiap kali kita mengata, mengumpat orang, tiba-tiba Allah bagi kita rasa tengah kunyah daging manusia, agak-agak apa kita rasa?
A Journey To Hell kali ini ternyata lagi hebat penangannya. masa taip ni sejuk tangan dok terbayang-bayang azab Allah. nauzubillah ~
tapi yang pasti, ada rasa ukhuwah yang lagi kuat lepas attend programme ni. semua dah mintak maaf. ego buang jauh-jauh. biasanya member yang rapat la kita susah sangat nak mintak maaf, mengaku salah sendiri kan ?
cukuplah untuk 8 April :)
Millenium Quiz
dianjurkan oleh FCR which is Friendly Comparative Religion. satu-satunya quiz yang dah reveal soalan awal-awal lagi. so peserta kena jawab semua 8 soalan, and then submit kat penganjur. soalan-soalan adalah tentang persoalan tentang agama Islam, yang kadang - kadang kita sendiri tak tahu. soalan-soalan ni non-muslim pun ada tanya.
so lets look at all those ques.
panjang soalannya. nak skip silakan. tapi digalakkan untuk baca :)
Kita berasa bertuah dilahirkan dalam keluarga orang Islam. Maka, adakah mereka yang lahir dalam keluarga bukan Islam tidak bertuah? Bukankah ini tidak adil? Bagaimana pula dengan nasib orang bukan Islam yang sangat baik tetapi kekal di dalam neraka, dan orang Islam yang sangat jahat tetapi akhirnya akan ke syurga? Di manakah keadilan Allah?
SOALAN 2
Kita begitu mudah mendakwa bahawa Al-Quran tidak pernah berubah sejak dahulu sampai bila-bila. Jika begitu, apakah hujah-hujah untuk membuktikan bahawa Al-Quran tidak pernah berubah sama sekali?
SOALAN 3
Amina: Aisyah (mualaf), lepas saja awak ucap dua kalimah syahadah, awak dah jadi seorang Islam. Jadi, awak kena jalankan semua tanggungjawab sebagai orang Islam. Mulai hari ni, awak kena solat lima waktu setiap hari. Lepas tu jangan lupa beli tudung, sebab lepas ni hari-hari awak kena pakai tudung. Oh ya! Awak juga dah tak boleh nak pegang anjing dah. Sentuh anjing tu haram tau. Nanti anjing awak tu awak lepaskan ye Aisyah!
Aisyah: huh???
Berikan pendapat anda mengenai situasi ini. Apakah cara anda jika anda ditugaskan mengurus seorang mualaf?
SOALAN 4
Anda ditugaskan untuk memberi kaunseling secara berasingan kepada 2 orang murtad. Orang pertama buat-buat bodoh, buat-buat pekak dan langsung tak beri perhatian kepada anda yang sibuk memberi kaunseling. Orang kedua pula selalu menyerang peribadi nabi Muhammad saw dan Islam. Jadi apakah langkah seterusnya yang bakal anda lakukan?
SOALAN 5
Poligami dilihat sebagai satu penindasan terhadap golongan wanita. Malah ramai wanita yang berasa teraniaya dengan pensyariatan poligami ini. Selain itu, Islam juga dilihat menindas hak kebebasan wanita dengan mewajibkan mereka memakai tudung dan menutup aurat. Apakah yang boleh anda perkatakan berkenaan persoalan ini?
SOALAN 6
Islam dikatakan baru berusia 1432 tahun. Kristian pula berumur 2011 tahun. Manakala kewujudan agama Hindu lebih awal daripada itu. Maka, apakah agama pertama di dunia?
Jika Islam bukannya agama pertama di dunia, maka apakah status agama nabi Adam? Jika anda mengatakan nabi Adam ialah seorang Islam, kemukakan buktinya!
SOALAN 7
Seorang yang tidak percayakan kewujudan tuhan berkata kepada anda “Awat la hang bengap sangat percaya kewujudan tuhan. Hang pernah nampak ke tuhan tu? Kalau tak pernah, lagu mana hang boleh percaya tuhan tu wujud? Ni satu lagi..syurga dan neraka. Mana hang tau syurga dan neraka ni betul-betul wujud?”
Berikan hujah-hujah anda untuk berhadapan dengan golongan Ateis seperti ini.
SOALAN 8
Anda ialah seorang penceramah yang sedang berceramah secara terbuka kepada semua penganut agama. Kemudian semasa sesi soal jawab, anda disoal oleh seorang peserta bukan Islam tentang isu keganasan yang dikaitkan dengan Islam. Apakah jawapan anda kepada soalan tadi?
be prepared. nanti kalau kalau ada yang tanya, at least dah ada idea :)
thanks to salha yang semangat nak masuk dan besungguh sungguh ajak kitorg masuk eventho rasa dah 40-60 nak masuk ke tak. berat hati nak masuk bila pikir kerja yang tak penah habis dan betambah-tambah, tapi bila hati kata,
"Ya Allah, jika ini jalan untukku berjuang demi agamaMu, mudahkanlah ya Allah"
dan alhamdulillah. everything macam smooth je. walaupun start bincang jawapan all those ques macam dua tiga hari sebelum quiz, tapi alhamdulillah, ada kemudahan.
terima kasih untuk taufiq, tutor-tak-berbayar kami :)
terima kasih untuk ainin, siap tanya kakak-kakak yang lain lagi :)
terima kasih kepada semua yang menyumbang idea-idea :
syabila, dayang zainab, hanisah, dan yang lain-lain :)
oh yes.
my groupmate ;
salha, zulaikha, fadhil, dan madhiah
tajuk pembentangan:
soalan 5 : isu poligami, aurat dan kebebasan hak wanita
dan syukur alhamdulillah. daripada 16 kumpulan bertanding, tempat kedua milik kami :)
and...
best speaker dengan kelajuan 120km/h goes to... SITI ZULAIKHA !
dapat sponsor pergi FCR tuuu, agak mahal la. pasni dah jadi adik angkat shah kirit la. heee :p rezeki cakap laju-laju sebab tak cukup masa, kan zu ? *wink
ok this is the best part.
so for those two days, besides all moments,experience, knowledge that insyaAllah i won't forget, there's one biggest thing i realized.
the value of friendship.
not just an ordinary one.
but
the friendship that are valued because of Allah.
kami ajak ke programme agama sama-sama
kami pergi programme agama sama-sama
hidup kami di sini saling mengingati.
saling tegur menegur kalau buat silap
saling sentiasa support masing-masing untuk menjadi yang benar-benar muslim walaupun kadang-kadang terasa kenapa asyik muka sama je tapi tetap besyukur sebab Allah dah pilih untuk bersama-sama
bila bersama rasa wujud ukhuwah kerana Allah, manisnya indescribable.
kalau dulu orang kata, bersahabatlah kerana Allah, ada keberkatannya. susah nak tahu sebenarnya.
tapi baru sekarang terasa nikmatnya, yang susah nak explain. It takes time. bila tiba masa, kita sendiri yang rasa :)
thank you sahabat :)
thank you for the wonderful two days that we shared :)