Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.
Hakikatnya,dia menegurmu utk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya
turut berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka.
Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah,dia sebenarnya
mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama2 :)
source
No comments:
Post a Comment