By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Monday, January 21, 2013

palpitation

Assalamualaikum

This week had caused me lots of palpitation. Starting from 

1. Monday - randomly picked PBL ( problem based learning) presentation 
2. Tuesday - followed by randomly picked SDL ( Self-directed learning) presentation 
3. Wednesday - Pharmacology class test 
4. Friday - Microbiology class test
5. Saturday - Pathology class test

in between, I had my first autopsy experience. I received a msg from my friend stating that one autopsy was going to be started within few minutes. and at that moment, I was having my dinner, was breaking my fast to be exact. It was nasi lemak, home made. and of course, I was very full (coz it was so delicious! ). so full that I might vomit if i smell anything awful. 

but alhamdulillah, I managed to control myself. The dead body wasn't to smelly. 
and the two forensic doctors are great. they know what to do. they are so skillfull. they did not communicate verbally all the time. gestures and hand movement explained everything. the worked so fast, so skillfully. and we were so impressed !
that day i was sitting next to Amirah Hanun and this was what she said ;

" tengok la manusia. kalau tak ada roh yang Allah bagi, tak ada nilai pun"

yes. exactly. 

bila Allah tarik roh, manusia jadi tak ada nilai. tak boleh buat apa-apa. hanya pejam. statik. 

manusia. kalau mati, hanya akan bernilai jika pernah tinggalkan kebaikan, yang mampu menjadi aset pahala yang berterusan untuk bekalan akhirat. 

so I reflect myself,
apakah bila aku mati nanti, aku akan jadi manusia yang tidak bernilai?
Allahurabbi..

selain test, presentation yang buat kami berdebar, minggu ini tak habis macam biasa. 

awal minggu kami dikejutkan dengan seorang sahabat kami yang terpaksa dimasukkan ke dalam ward kerana batuk berdarah. banyak test dah dilakukan. most of them negative. and there will be few more tests to be done. even doctor pun masih tak dapat kenal pasti apa masalahnya. kalau tahu penyakit, doctor boleh bagi ubat. tapi untuk kes ini, kami masih berteka teki. risau. kawan mana yang tidak risau. tapi kita percaya pada Allah. semoga Allah beri kesembuhan kepadanya. sama-sama kita doakan ye?

dan semalam ( sabtu ),
selepas tamat program Fiqh Musafir di masjid, yang hadir cepat-cepat balik sebab malam makin larut. ditambah lagi pada malam itu, malam saturday night. saturday night di manipal, agak merisaukan. ramai manusia keluar, minum arak. mabuk. arak tu kan ketua segala kejahatan? bila dah mabuk, mereka mula bergaduh. baling-baling botol. jalan ramai-ramai atas jalan. 

ditakdirkan Allah, salah seorang sahabat kami, ditimpa musibah. langgar lari. sebuah kereta melanggar dan melarikan diri.

sekarang beliau di ward. ada kecederaan, patah tulang jari kakinya. right 5th metatarsal. alhamdulillah, operation sudah dilakukan. insyaAllah, moga Allah sembuhkan beliau.  



banyak ujian minggu ini. bagi sahabat yang ditimpa musibah, ujian itu Allah sudah takdirkan buat mereka. kerana meraka mampu. dan ujian juga kepada kami, sahabat di sekeliling. mungkin Allah sedang uji ukhuwah kami satu batch. seorang yang sakit, kami juga rasa yang sama. seorang masih lagi di ward, sahabatnya pula yang menyusul, dalam keadaan yang berbeza. hati mana yang tidak risau. kerana beberapa bulan lepas juga ada sahabat yang cedera dilanggar. kesakitannya masih lagi terbayang di fikiran. tapi alhamdulilah, semuanya selamat. bila mana terjadi lagi benda yang sama, gambaran dulu berputar kembali. tapi insyaAllah, Allah akan lindungi kami semua. Allah akan sembuhkan sahabat-sahabat kami.



sebelum keluar rumah nanti, sama-samalah kita baca ayat kursi. moga-moga dilindungi Allah. biasanya kita akan sentiasa berhati hati, tidak kiralah masa bawak motor ke, jalan ke. tapi mungkin salah orang lain yang boleh menyebabkan kita terjerumus sama. 


to wrap up the week ;


"Wahai anakku, engkau sabar sekejap dengan derita dunia, lebih ringan bagimu daripada engkau ingin bersabar dengan azad Allah di akhirat. Engkau taat sekejap di dunia ini, nescaya kamu akan mendapat rahmat Allah yang berpanjangan di akhirat. 



Senyumlah kepada dunia, kerana ia gagal menipumu"



Tuan Ibrahim Tuan Mat

p/s
mohon doa ye. semoga sahabat kami kuat. semoga kami juga kuat.
semoga Allah sembuhkan sahabat kami, insyaAllah.




Monday, January 14, 2013

rejoice




Nak jadi orang yang gembira ? 
Ini dia tipsnya :)

1. Orang yang bertaubat
2. Orang yang beribadat
3. Orang yang memuji Allah
4. Orang yang mengembara menuntut ilmu dan mengembangkan Islam
5. Orang yang rukuk, sujud
6. Orang yang menyuruh berbuat kebaikan DAN yang melarang daripada kejahatan
7. Orang yang menjaga hukum Allah

selamat bergembira ! :)


Sahih International
Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise. They fight in the cause of Allah , so they kill and are killed. [It is] a true promise [binding] upon Him in the Torah and the Gospel and the Qur'an. And who is truer to his covenant than Allah ? So rejoice in your transaction which you have contracted. And it is that which is the great attainment.
Malay
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.


Sahih International
[Such believers are] the repentant, the worshippers, the praisers [of Allah ], the travelers [for His cause], those who bow and prostrate [in prayer], those who enjoin what is right and forbid what is wrong, and those who observe the limits [set by] Allah . And give good tidings to the believers.
Malay
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). 

(at-Taubah : 111-112)



Wednesday, January 2, 2013

end-start

Assalamualaikum

i miss writing. i miss blogging.

there's always something to write, to share, to let others know.
but there's always a blocker for that, as what the B-blocker did for B receptor.

what an excuse !

I may not be able to wrap up everything for the whole 2012 but there is one thing that I would love to share.


Booth Palestine : Why You No Care?

Ketika dunia gempar dengan kisah di bumi Palestin yakni di Gaza, di Syria. Kami di Manipal tertanya-tanya, apa sumbangan kami kepada saudara kami yang sedang ditindas disana? Cukupkah dengan hanya baca berita, dan sembang maya di FB?

Alhamdulillah. Rupanya ramai yang sangat prihatin. Ramai yang cakna isu palestin. Bersempena Lagenda yang diadakan di Manipal, iaitu program gathering seluruh pelajar Malaysia di India, dianjurkan oleh Malaysian Student Association India, Manipal chapter, kami ambil inisiatif untuk buka satu awareness booth tentang palestin.

alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun masing-masing busy dengan exam. rupa-rupanya, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bukan kerja yang mudah. bukan hanya duduk di booth, senyum dan edarkan pamphlet. tidak semudah itu.

walaupun booth itu tidaklah sebesar mana, namun amat bermakna bagi kami.

inilah usaha kecil kami buat warga palestine. walaupun niat kami bukanlah sebesar niat jihad rakyat palestin, tapi ketahuilah, semuanya demi mencari keredhaan Allah.

dan alhamdulillah, kutipan derma yang dijalankan selama 3 jam itu sangat membanggakan. moga-moga, Allah membalas jasa kalian.

sekian laporan dari Manipal :)



* * * * *

selamat tahun baru. 

apa azam tahun baru anda?

moga-moga yang diazamkan itu mampu mendekatkan diri pada Allah, dan dalam usaha mencari redhaNya.


semoga terus istiqamah dalam jalan ini.

oh ya. saya sekarang sudah bergelar 2nd year medical student. alhamdulillah, Allah rezekikan untuk berada di tahun kedua. tahun yang dipenuhi dengan bacteria, virus, parasite, drugs, diseases dan kes-kes kematian. sekarang weekend kami sudah ada 2 hari, syukur. mampu untuk bernafas. tapi kadang-kadang sesak dengan assignment yang menimbun.

doakan untuk survival tahun dua ini. semoga ilmu yang diperolah dapat mendekatkan diri pada Allah.

bila rasa mahu merungut kerana terlalu banyak makhluk kecil yang perlu dihafal, perlu dikaji, perlu diambil tahu, ketika itulah, rasanya kebesaran Allah. Dialah yang Maha Berkuasa untuk menghidupkan sekecil-kecil mahkluk, mencipta sebesar-besar alam, dan memberikan setinggi-tinggi nikmat hidup. Subhanallah, Maha Suci Allah..


pesanan tahun baru:


kembalilah untuk rasa bertuhan. 
bukan hanya sekadar percaya. 

mujahadah itu pahit, kerana syurga itu sangatlah manis.

istiqamahlah dalam perjuangan ini. 
berjual belilah dengan Allah.
perdagangan inilah perdangangan yang tidak merugikan
malah memberi kabar gembira buat mereka yang sabar




salam dari manipal






Followers