By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Wednesday, January 2, 2013

end-start

Assalamualaikum

i miss writing. i miss blogging.

there's always something to write, to share, to let others know.
but there's always a blocker for that, as what the B-blocker did for B receptor.

what an excuse !

I may not be able to wrap up everything for the whole 2012 but there is one thing that I would love to share.


Booth Palestine : Why You No Care?

Ketika dunia gempar dengan kisah di bumi Palestin yakni di Gaza, di Syria. Kami di Manipal tertanya-tanya, apa sumbangan kami kepada saudara kami yang sedang ditindas disana? Cukupkah dengan hanya baca berita, dan sembang maya di FB?

Alhamdulillah. Rupanya ramai yang sangat prihatin. Ramai yang cakna isu palestin. Bersempena Lagenda yang diadakan di Manipal, iaitu program gathering seluruh pelajar Malaysia di India, dianjurkan oleh Malaysian Student Association India, Manipal chapter, kami ambil inisiatif untuk buka satu awareness booth tentang palestin.

alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun masing-masing busy dengan exam. rupa-rupanya, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bukan kerja yang mudah. bukan hanya duduk di booth, senyum dan edarkan pamphlet. tidak semudah itu.

walaupun booth itu tidaklah sebesar mana, namun amat bermakna bagi kami.

inilah usaha kecil kami buat warga palestine. walaupun niat kami bukanlah sebesar niat jihad rakyat palestin, tapi ketahuilah, semuanya demi mencari keredhaan Allah.

dan alhamdulillah, kutipan derma yang dijalankan selama 3 jam itu sangat membanggakan. moga-moga, Allah membalas jasa kalian.

sekian laporan dari Manipal :)



* * * * *

selamat tahun baru. 

apa azam tahun baru anda?

moga-moga yang diazamkan itu mampu mendekatkan diri pada Allah, dan dalam usaha mencari redhaNya.


semoga terus istiqamah dalam jalan ini.

oh ya. saya sekarang sudah bergelar 2nd year medical student. alhamdulillah, Allah rezekikan untuk berada di tahun kedua. tahun yang dipenuhi dengan bacteria, virus, parasite, drugs, diseases dan kes-kes kematian. sekarang weekend kami sudah ada 2 hari, syukur. mampu untuk bernafas. tapi kadang-kadang sesak dengan assignment yang menimbun.

doakan untuk survival tahun dua ini. semoga ilmu yang diperolah dapat mendekatkan diri pada Allah.

bila rasa mahu merungut kerana terlalu banyak makhluk kecil yang perlu dihafal, perlu dikaji, perlu diambil tahu, ketika itulah, rasanya kebesaran Allah. Dialah yang Maha Berkuasa untuk menghidupkan sekecil-kecil mahkluk, mencipta sebesar-besar alam, dan memberikan setinggi-tinggi nikmat hidup. Subhanallah, Maha Suci Allah..


pesanan tahun baru:


kembalilah untuk rasa bertuhan. 
bukan hanya sekadar percaya. 

mujahadah itu pahit, kerana syurga itu sangatlah manis.

istiqamahlah dalam perjuangan ini. 
berjual belilah dengan Allah.
perdagangan inilah perdangangan yang tidak merugikan
malah memberi kabar gembira buat mereka yang sabar




salam dari manipal






No comments:

Followers