By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Wednesday, January 2, 2013

end-start

Assalamualaikum

i miss writing. i miss blogging.

there's always something to write, to share, to let others know.
but there's always a blocker for that, as what the B-blocker did for B receptor.

what an excuse !

I may not be able to wrap up everything for the whole 2012 but there is one thing that I would love to share.


Booth Palestine : Why You No Care?

Ketika dunia gempar dengan kisah di bumi Palestin yakni di Gaza, di Syria. Kami di Manipal tertanya-tanya, apa sumbangan kami kepada saudara kami yang sedang ditindas disana? Cukupkah dengan hanya baca berita, dan sembang maya di FB?

Alhamdulillah. Rupanya ramai yang sangat prihatin. Ramai yang cakna isu palestin. Bersempena Lagenda yang diadakan di Manipal, iaitu program gathering seluruh pelajar Malaysia di India, dianjurkan oleh Malaysian Student Association India, Manipal chapter, kami ambil inisiatif untuk buka satu awareness booth tentang palestin.

alhamdulillah, semua berjalan lancar, walaupun masing-masing busy dengan exam. rupa-rupanya, untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bukan kerja yang mudah. bukan hanya duduk di booth, senyum dan edarkan pamphlet. tidak semudah itu.

walaupun booth itu tidaklah sebesar mana, namun amat bermakna bagi kami.

inilah usaha kecil kami buat warga palestine. walaupun niat kami bukanlah sebesar niat jihad rakyat palestin, tapi ketahuilah, semuanya demi mencari keredhaan Allah.

dan alhamdulillah, kutipan derma yang dijalankan selama 3 jam itu sangat membanggakan. moga-moga, Allah membalas jasa kalian.

sekian laporan dari Manipal :)



* * * * *

selamat tahun baru. 

apa azam tahun baru anda?

moga-moga yang diazamkan itu mampu mendekatkan diri pada Allah, dan dalam usaha mencari redhaNya.


semoga terus istiqamah dalam jalan ini.

oh ya. saya sekarang sudah bergelar 2nd year medical student. alhamdulillah, Allah rezekikan untuk berada di tahun kedua. tahun yang dipenuhi dengan bacteria, virus, parasite, drugs, diseases dan kes-kes kematian. sekarang weekend kami sudah ada 2 hari, syukur. mampu untuk bernafas. tapi kadang-kadang sesak dengan assignment yang menimbun.

doakan untuk survival tahun dua ini. semoga ilmu yang diperolah dapat mendekatkan diri pada Allah.

bila rasa mahu merungut kerana terlalu banyak makhluk kecil yang perlu dihafal, perlu dikaji, perlu diambil tahu, ketika itulah, rasanya kebesaran Allah. Dialah yang Maha Berkuasa untuk menghidupkan sekecil-kecil mahkluk, mencipta sebesar-besar alam, dan memberikan setinggi-tinggi nikmat hidup. Subhanallah, Maha Suci Allah..


pesanan tahun baru:


kembalilah untuk rasa bertuhan. 
bukan hanya sekadar percaya. 

mujahadah itu pahit, kerana syurga itu sangatlah manis.

istiqamahlah dalam perjuangan ini. 
berjual belilah dengan Allah.
perdagangan inilah perdangangan yang tidak merugikan
malah memberi kabar gembira buat mereka yang sabar




salam dari manipal






Friday, December 14, 2012

tepat pada masanya




tatkala diri sedang berperang dengan exam yang sudah menunjukkan tahap kesukaran Tahun Kedua Jurusan Perubatan, alhamdulillah, di tampar hebat dengan kata-kata seseorang. kena tepat pada muka. tak sempat nak tepis-tepis lagi dah.

Allah masih lagi beri ruang masa untuk terus berjuang. 
ayuh, jangan gentar !
 teruskan langkah !
 gambatte kudasai !

p/s
mohon doa semuanya ya :)


Monday, August 20, 2012

Assalamualaikum.

Salam 1 Syawal 1433

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya kita telah isytiharkan kemenangan pada diri kita sendiri. Sebulan berpuasa dirasakan amat sekejap. Sahur, Puasa, Terawih. Ulangan-ulangan ibadah tersebut membuat ramadhan yang lalu berlalu sangat pantas.
Refleksi : sebanyak mana pencapaian kita?

Alhamdulillah, pengalaman menyambut syawal amat berbeza daripada tahun yang sebelumnnya. Sambutan di luar negara ternyata berbeza. Ramdhan juga berbeza. Semuanya berlumba-lumba mencari pahala Allah. Menunaikan amal ibadat. Kerana kita yakin janji Allah.

Di India, tiada bazaar ramadan. tiada pusat shopping yang ada SALE RAYA. tiada promotion hari raya. Tapi, roh ramdhan itu rasa sangat hidup. buat pertama kalinya saya berterawih di masjid, kerana selama ini kami sekeluarga berterawih di rumah atok bersama-sama sanak saudara terdekat.


Friday, August 10, 2012

University Exam


assalamualaikum.

setiap kali update, mesti cakap pasal exam. mintak maaf la ye.

ini bukan exam yang biasa. ini university exam.

UNIS EXAM.
11th Aug - 26 Sept

equation untuk exam ni senang,

LULUS = proceed to 2nd year.

mohon didoakan. moga Allah mudahkan urusan, diberikan ilham ketika menjawab soalan.

Allahumma ja'alna minannajihin wal faizin wa mumtazin fil imtihan fil deen fi dunia wa akhirat.

p/s
mahu pulang ke kelantan dengan hati yang tenang.
ya Allah, bantu kami. 

hasbunallahu wani'mal wakeel.

update :

kepada yang ada masa lapang, dipersilakan tengok short movie ni. 7 minutes worth watching.
*sebak


Sunday, July 15, 2012




فإن مع العسر يسرا
إن مع العسر يسرا
فإذا فرغت فانصب 
وإلى ربك فارغب

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

berbekalkan janji Allah,kita kuatkan semangat, bulatkan azam,kita tempur !
mohon didoakan kami :)




p/s
betullah ainin cakap, writing in ur very own blog is a way of escapism. lagi-lagi time exam ni. lagi banyak nak kena baca, lagi lah rasa membuak-buak nak update blog. 



Followers