By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Thursday, June 20, 2013




19 tahun,
sepi tanpa bapa,
mana mungkin hati tidak sedih,
mana mungkin hati tidak cemburu
mana mungkin hati tidak inginkan rasa ber'bapa'

siapalah aku,
ingin memberi alasan tidak mampu berjaya menjadi seorang manusia
hanya kerana tidak berbapa
hanya kerana mereka yg lain berbapa

walhal,
junjungan agung,
Muhammad Rasulullah,
juga,
tidak pernah merasai hidup berbapa

YA ALLAH,
seawal usiaku,
kau telah pun mengajar hidup ini tidaklah selamanya
hidup ini hanyalah persinggahan,
sebelum aku pulang ke kampuang halaman Adam A.S

kuatkan kami yg sudah tidak berbapa,
jadikan kami segagah kekasihMu,
yang lahir ke dunia,
tanpa belaian kasih bapa baginda

Selamat hari bapa kepada semua bapa yg saya kenali di dunia
juga,
yang bakal bergelar bapa:D

al-fatihah



Ini bukanlah hasil nukilan sendiri. tapi ini rasa hati kami. 

No comments:

Followers