By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Friday, April 13, 2012

the knot

Assalamualaikum ! ^^

kalau anda perasan sekarang, banyak sangat post-post emo di facebook, dan dengar nya di tweeter juga. maaf, saya bukan penghuni tweeter, tak perlulah nak tweet segala benda yang jadi. biar malaikat kiri kanan je yang tulis semua yang kita buat. harap-harap yang di'tweet' malaikat kanan lah yang paling banyak  :)

dan kebelakangan ni, ada yang berbicara pasal sahabat. tentang bersahabat. kawan. rakan. friend. BFF. dan yang sewaktu dengannya. 

dan ada yang berkongsi rasa hati.

ditambah keluhan yang selalu didengar,

" susahlah macam ni, orang asyik terasa dengan aku. ingat aku tak de perasaan ke? aku pun terasa jugak.  sampai bila nak tahan? sampai bila kita je yang kena jaga hati diorang ? penat lah macam ni. "

soalan-soalan yang kita selalu dengar ialah, 

"ko rasa macam mana nak elakkan diri daripada terasa dengan orang ? "

"apa kita kena buat bila rasa kita terasa dengan seseorang tu ? "


sebagai manusia, kita tak lari dengan rasa tu. terkilan dengan kawan. terasa. ambil hati dengan sikap dia. kadang-kadang kita sendiri pun still tak faham-faham lagi kawan kita ni macam mana even dah kenal lama ( terpulang kepada anda nak tentukan phrase "kenal lama" tu dalam jangka masa yang bagaimana)

saya asyik terfikir, dan kadang-kadang memberi pandangan yang tak jugak menyelesaikan masalah orang. cuma pendapat dan pandangan. bukan bentuk solution.

ada jugak pernah satu solution diberikan, ini pun berdasarkan pengalaman orang lain.

kalau kecil hati dengan seseorang, beritahu je orang tu. dengan cara yang baik.

katakanlah, kawan anda bergurau dengan anda. dan dia kira, gurauan itu gurau yang biasa-biasa. alah, gurau member-member. member-member kan dah kalis gurau? 

dan apa tindakan anda?

pendam rasa? makan liver ulam heart? (makan hati ulam jantung) gitu? 

kata seorang sahabat, pernah dia luahkan rasa kecil hatinya kepada orang yang berkenaan.
dan alhamdulillah, sahabatnya itu terima luahannya. 

contoh,

"Assalamualaikum awak. hehe. sorry lah kacau. study ke? ke tengah mengadap facebook? ni nak cakap sikit ni. mula-mula saya nak mintak maaf dulu. sorry yeh kalau buat awak terasa ke ape ke ?

ni ha, tadi kan awak ada cakap bla bla bla bla kat saya. saya tahu awak gurau je. tapi entahlah. hari ni saya sensitif sikit kot. ada la sikit saya terasa. so saya cepat-cepat bagitau awak. takut nanti bila accumulate lama-lama, ada pulak orang yang nak cucuk jarum. nak buat saya lagi terasa ke ape ke. maybe sebelum ni saya ada buat salah kot ngan awak, sebab tulah saya pulak yang rasa sekarang. sorry ye :) "

p/s
jangan lupa letak smiley, sbb dengan kewujudan smiley dalam msg boleh mengubah mood kita baca msg tau ! :)

contoh lagi.

oh takpelah.

dengan

oh takpelah :) 

agak-agak anda, ada beza tak cara penerimaan kita ?
yang pertama nampak macam kita tengah cakap dengan muka ketat.
yang kedua nampak lah "takpelah" kita tu dengan senang hati.
atau dua-dua tak de beza? terpulanglah. hehe :)

dan saya rasa, yang PALING penting dalam bersahabat ialah,

berlapang dada.

sangat penting.

terima kekurangan kawan macam mana, bukan asyik nak ubah dia jadi macam kita. tak best lah dunia ada orang macam kita je kan ? tak de variasi. no colours.

tapi macam mana nak berlapang dada? cakap senang, ce try buat skeet.

sentiasalah husnu zhoon dengan kawan, dan dengan sesiapa sahaja.
jangan dok suka nak buat cerita macam macam even kita sendiri tak tahu cerita sebenar.
tokok tambah ni la penambah perisa paling best. tapi husnu zhoon juga ada tempatnya. takkanlah tengok kawan buat maksiat depan mata nak berhusnu zhoon, ye dok?

ok, ni nak share hadis pasal sahabat. source


Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium daripadanya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium daripadanya bau-bauan yang busuk.
Telah bersabdanya Rasulullah SAW sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tirmizi yang bermaksud, seseorang itu akan terpengaruh dengan temannya. Maka hendaklah seseorang kamu itu memilih siapa yang harus dijadikan teman.
Daripada Abu Hurairah r.a. yang maksudnya, bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya yakni sahabatnya di sebuah kampung yang lain. Lalu Allah menyuruh seorang malaikat untuk memerhatinya di dalam perjalanan.
Lalu malaikat itu bertanya kepada lelaki itu, “Hendak ke mana engkau?”
Lelaki tersebut menjawab, “Aku hendak menemui seorang sahabatku di kampung itu”.
Malaikat bertanya lagi, “Adakah bagimu bumi kepadanya yang engkau mengharap balasan daripadanya?”
“Tidak, aku mencintainya kerana Allah SWT.”
Maka berkatalah malaikat itu kepadanya, “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau. Bahawa sesungguhnya Allah SWT telah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai dia kerana Allah”. (Hadith riwayat Muslim).
nak kawan dengan orang-orang wangi, tapi diri sendiri tak jadi wangi pun tak best kan ? jom jadi pembawa wangi-wangian! boleh share wangi dengan orang lain jugak. kita dapat manfaat, orang lain pun dapat :) oh haa, tapi peringatan untuk wanita muslim. jadi pembawa wangi-wangian bukan bermakna kena pakai perfume setengah botol sehari, tak. pemakaian wangi-wangian di hadapan orang bukan mahram tu sebenarnya dilarang dalam Islam. so, pembawa wangi-wangian ni maksudnya jadi orang yang bermanfaat kepada orang dan yang sewaktu dengannya.

next is, kita kena tahu bahawa ;

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya,
“Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, tidak boleh dikhianati, didustai, tidak dihinakan orang.”(Riwayat at-Tirmidzi).

maafkan semua orang sebelum tido, ye!

dan jangan lupa untuk berdoa yang elok elok best best untuk sahabat kita. moga-moga jumpa kat syurga! :)


p/s
dah lama tak taip post panjang-panjang :)















No comments:

Followers