By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Sunday, January 23, 2011

scholar dan hutang

assalamualaikum :)

Alhamdulillah, all praises to Allah, lepas tunggu almost a month, akhirnya scholar JPA dah masuk akaun. betullah rumors cakap elaun masuk dekat dekat akhir bulan jan. but before JPA bermurah hati menjalankan tanggunjawab mereka, we can see that ramai students yang terpaksa ikat perut, catu makanan dan perlu sangat berkira dengan harga makanan untuk breakfast, lunch and dinner. RM5 sehari, RM7 sehari, itu common budget setiap hari. tambah tambah lagi harga makanan dah naik. kalau dulu kat cafe nasik putih, sayur goreng dan ayam goreng seketul boleh dapat RM3.50, naik sem baru dah jadik RM3.80, dan minggu seterusnya naik lagi sampai RM4.00. Hey! sape lah tak baran. dah la duit scholar tak masuk, for sure untuk dinner makan sikit sikit je. reason? almost semua yang ikat perut tu reasonnya adalah tak nak mintak duit daripada parents. sebab kita tak nak menyusahkan parents, so kenalah bejimat cermat dengan duit scholar yang lebih lebih dari sem lepas.

so now, 
elaun dah masuk.
and orang mostly akan bertanya kepada member,

"ey, aku ada hutang kau tak?"

ngan member-member, biasa la tuh pinjam singgit dua kan? sebab duit tengah banyak, semua hutang kenalah setel.but too bad, still ada yang tak berani nak cakap kat member yang member dia tuh berhutang dengan dia. sebab? tak sampai hati. segan. malu. macam memintak mintak lah. tapi dalam hati dok ingat lagi hutang tu. tak cakap pon dah halal kan ke tak. ok listen. member tak tanya mungkin sebab tak ingat. tapi tau tak bayar hutang tu wajib? kalau tak buat, jadi ape? dosa kan? kan? so kalau member tak ingat, lagi lagi lah kalau yang dah bertanya, kenalah kita bagitau, ye dok? 

Korang mesti penah dengar kan hadis ni,

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."(Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi)

so amacam? tak kan kita nak susahkan kawan kita kan?
and peringatan juga kepada semua termasuk diri sendiri,

"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman."(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.)

nauzubillah, takkan nak tergolong dalam golongan yang zalim, kan?

bahkan ada satu riwayat yang mengatakan Rasulullah pon pada mulanya tak mahu menyembahyangkan jenazah seorang lelaki dari golongan ansar apabila Baginda tahu yang arwah masih berhutang dua dinar. lalu hutangnya itu dibayar sahabatnya, baru lah Baginda menyembahyangkan jenazah.

berat kan hutang tu?
so, 
bila orang tanya pasal hutang, latih diri bercakap benar, cakap ada kalau ada, dengan jumlah nya skali, cakap tak kalau tak de. 
hutang duit atau hutang janji pon sama rasanya. kena tunaikan. :)

p/s
pesanan ini juga untuk diri sendiri yang berasa sangat berat hati nak cakap ya kepada member yang bertanya. sama-sama kita usaha! :)

fighting !



7 comments:

hAwA said...

sebab tu la selalu kalau orang meninggal, ade je pihak keluarga yg offer tuk bayar hutang / mintak dihalalkan.

thanks for reminding

madhiah said...

:) yeap!

no problem ! :)

awe said...

berat 66 gop kalu hutey dok ado lagi.
ado ore tok sey bayo, tunggu ore ingatkan.
kito nu bui la pitih ko sapo2 hok kito sero dok hutey dulu.
bio lebih, jange tok cukop

hihi :)

FreesiaStar said...

kalau yang berhutang tak dapat dikesan mcm mana?

madhiah said...

awe : tu kecek klate ko ganu? ko mix? heheh :P

che nor : err, gano eh. pakat2 halalkan la kot. hehe

awe said...

haha.mix sume. tak reti nak asing. pening nanti hehe

madhiah said...

haha. oke2. buat bahasa campuran lak. nasib baek boleh paham lg. yang berat 66 tu je tak paham. haha

Followers