By

My photo
Muslim. Daughter. Malaysian. Doctor-to be.

Wednesday, May 29, 2013

Soothe

Assalamualaikum :)

mode : Block 3 exam

I think exam kali ini lah yang benar-benar menguji. In and out. Kekuatan dalaman dan luaran. Penat. Walaupun kali ini exam theory dan practical diasingkan harinya, tetap penat. 

Dan hari ini sudah sampai ke Microbiology Practical. Subject yang digeruni. Theory paper hari tu pun semput rasanya. Inikan pula practical yang penuh dengan laboratory diagnosis dan gambar-gambar microbe. 

Sungguh, tak pernah rasa seperti hari ni. Mungkin penat barangkali. Lagi-lagi practical yang formatnya adalah setiap satu station ada dua soalan ( plus soalan anak) dan diberi masa 4 minit. Tiada ulangan. Penat otak mahu diperah. Penat mahu menyelongkar memory. Hebat sungguh Allah. Kecik je ciptaanNya. Guna microscope dan kena stained baru lah boleh nampak. Tapi benda-benda tulah yang jadi asbab penyakit-penyakit yang sukar diubati. 


Dan ketika sedang memujuk hati, Allah takdirkan untuk membaca kalamNya. 

65:2
"....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)"

65:3

"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"

at-Talaq ayat 2-3

It soothes me, alhamdulillah :')

Ibu saya selalu pesan, baca ayat ni selepas solat 3 kali. InsyaAllah, Allah beri rezeki, mudahkan urusan. Dah lama tertinggal untuk baca bila zikir lain yang diutama. Allah, ampun ya Allah.

Kena mula balik. Siapa yang suruh tinggal pesan ibu ? Hish. 

Doakan kami. 






1 comment:

Anonymous said...

Qualіty аrticles or reviews іs the іmportant to invitе
the viewerѕ to ρay а quick νisit the web site,
that's what this site is providing.

Look into my web blog :: BlackChipPoker Offer :: ::

Followers